Friday, June 28, 2013

The Choice Is Yours ! #New semester ~

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah...
syukur, ya ALLAH :')

after sebulan kejapnya cuti..
akhirnya ia sampai ke penghujung..
T_T


bakal kembali mengorak langkah dengan penuh semangat, harapan dan doa
agar semester baru ini bakal berjalan dengan lancar
di bawah rahmat dan redha ALLAH.
bakal kembali menempuh segala mehnah ujian yang diberikan
dengan penuh kesungguhan, kecekalan dan kesabaran
dengan pertolongan dan izin ALLAH.

tiap-tiap semester nak ada azam, ad target, ad cita-cita, ad impian.
tak semua dapat pun, at least sesetengah.

nak lulus dengan cemerlang
( kene up lg pointer yg ad tu :[ )
nak kuasai semua skill yang diajar
( bia senang nk wat mse OSCE and praktikal )
nak fahami istilah yg pelik2 tu
( nnt msuk praktikal xde lah nganga je dga doc sbut )
nak jimat dengan lebih cermat
( persediaan awal hari ^^  *hishh.. gatal ! :P )
nak join usrah/ceramah every weekend
( yelah. kolej xde usrah/ceramah.boring ! nnt hati saya mati lak. )
nak bahagiakan ibu ayah
( important things ! they are everythings ~ )
nak awak jumpa ibu ayah
(  eh ! bolei cmtu ? hihi ^_^ *hishh..kne tnye empunya diri tu dlu.mandai2 je~ )

banyak sangat. nk capai semua.
INSYAALLAH.
mohon doa semuanya.
restu ibu ayah.
maafkan salah silap saya.






Thursday, June 27, 2013




Lirik Lagu : Kamu Saja
( Ainan Tasneem )

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira


iloveyou !


after all the important person,
YOU !

hati saya untuk awak. saya mengharap tapi perancangan Allah yang sebaiknya.
hati awak untuk saya ? saya mengharap ianya 'YA' .

tapi kan, andai hati awak disapa oleh yang lain.
tolong, please, help ..
bagitahu saya.
insyaAllah, saya cuba untuk terima seadanya.
bahagia awak, saya bahagia.

iloveyou, sweetheart !


( ayah kata, jangan harap benda yang tak pasti. tapi, saya sangat berharap. awak, jangan jadikan harapan saya penghalang awak untuk bahagia tau. saya tak paksa :') )



# Membenci Jangan Sampai Menghina !

Membenci jangan sampai menghina. Risau2 nanti Allah uji diri kita pula dengan perkara itu tanpa kita sedari. Di saat itu barulah kita rasa betapa Allah itu Maha Berkuasa.

# benci akan perbuatannya yang salah. bukan benci dan hina akan dirinya. kerna diri itu perlu bimbingan dan tunjuk ajar dari kita yang tahu. kita hanya manusia, tidak akan dapat lari dari kesilapan.


Puisi Cinta




Sejak kehadiranmu hingga kini
Ruang hatiku beraroma wangi
Buaian bunga-bunga rindu menari
Yang kau tinggalkan dihati

Makin lama bersemi
Tanpa layu senyum ini
Tersirami cinta suci
Darimu kekasih hati

Jangan biarkan kusendiri
Ku hanya ingin memiliki
Dirimu seutuhnya cinta sejati

# rindu.sayang.kasih.cinta

Friday, June 21, 2013

Manisnya Ukhuwah :')


> sayasayangsahabatsaya <


“Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya”



> 7 SIBLINGS <


> GIATMARA <



> 8 'S <


> berempat <


Ku harap mekar di hati
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah di pintu Jannah
^_^


Thursday, June 20, 2013

Permudahkanlah.. kan lebih molek ~ ;)

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling ringan."
[HR. Abu Dawud]



Ramai yang menyebut.... "Itu zaman dulu, mmg laa murah... zaman sekarang, minimum orang bagi tu RM10k dah... lagipn, dia ada degree... mestilah mahal"..

Pabila adat dicampur adukkan dalam hal agama, semua menjadi payah....

Allahurobbi...
Umar ibnul Khathab r.a mengatakan tentang masalah sebaik-baik mahar :
“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita, karena kalau mahar itu dianggap sebagai pemuliaan di dunia atau tanda takwa kepada Allah SWT, tentunya Rasulullah SAW lebih dahulu daripada kalian untuk berbuat demikian”
[HR. Abu Dawud]

Tidaklah ada ketentuan mahar harus berupa barang tertentu, bahkan mengajarkan surah Al Qur’an dapat dijadikan mahar (sebaik-baik mahar adalah yang paling ringan), sebagaimana ditunjukkan seperti di bawah.

Dalam sebuah hadis Rasulullah berkata kepada seorang pemuda yang dinikahkannya : "Telah aku nikahkan engkau dengannya (wanita) dengan mahar apa yang engkau miliki dari Al-Quran"
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Dan tidak ada juga ketentuan jumlah minimum dan maksimum dari sebuah mahar, hanya tidaklah disukai bila mahar itu berlebih-lebihan sehingga memberatkan pihak laki-laki dan menghambat pernikahan... dan memperlambatkan perkahwinan kerana nak cari duit dan sebagainya.. Dalam tempoh mencari duit... mereka bercinta tanpa nikah(kononnya dah book).... then, ape jadi??? ZINA?? Na'udzubillah....

Ibnu Abbas r.a. mengabarkan bahawa ketika Nabi SAW menikahkan Ali bin Abi Thalib r.a. dengan Fathimah r.a. , beliau meminta Ali agar memberikan sesuatu kepada Fathimah sebagai mahar, ketika Ali mengatakan : “saya tidak memiliki apa-apa” Rasulullah SAW bertanya : “Mana pakaian besi Al Huthamiyyahmu ?” Ali pun memberikan pakaian besi tersebut sebagai mahar pernikahannya dengan Fathimah”
[HR. Abu Dawud]

Dalam hadits ini, menunjukkan, apa saja yang kita mampu, kita beri....
Sebaik-baik mahar adalah yang paling ringan.

“Wanita yang paling agung barakahnya, adalah yang paling ringan maharnya”
(HR. Ahmad, Al Hakim, Al Baihaqi dengan sanad yang sahih)

Mahar merupakan pemberian yang wajib untuk mempelai wanita, dengan adanya mahar ini akan terbedakan antara pernikahan dengan perzinaan, sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Kalian mencari istri-istri dengan harta kalian untuk dinikahi bukan untuk berzina.” (QS.An Nisa’ : 24)

Menurut hadis di atas, permudahkanlah segala urusan yang baik di atas bumi ini.. Kerana, pernikahan untuk mendapat keredhaan Allah SAW adalah yang terbaik... Subhanallah... ^__^

dan perkataan Allah SWT yang lain tentang wajibnya mahar :

Ùˆَآتُوا النِّسَاءَ صَدُÙ‚َاتِÙ‡ِÙ†َّ Ù†ِØ­ْÙ„َØ©ً

“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh KERELAAN.” (QS.An Nisa’ : 4)

KERELAAN ni, bermaksud, pabila lelaki itu memberi mahar dan hantaran, ia tidak langsung membebankan pihak lelaki.. Jika sampai pinjam bank sana sini, ahlong dan sebagainya, adakah peminjaman itu dengan KERELAAN??? Tidak sama sekali.. ^^

Jadi, Al-Quran, kita tidak ikut.... Adakah boleh kita mendapat keredhaan Allah dalam pernikahan tersebut?? Fikir2kanlah... ^^

InsyaAllah... Kalo mak ayah, akak, nenek, mok cik suruh letak mahal2 mahar dan hantaran.... bagi note ni... hihihihi.. ^^

InsyaAllah... Syukron.... Kalo nak share, tafadhol...
xperlu mintak.... ^^

Fastabiqul Khoiraat~~


((>> KOPIPASTA<<))

Wednesday, June 12, 2013

Muslimah : Bolehkah kami memakai pakaian berwarna ?

Ada yang bertanya, apakah dalam Islam wanita hanya boleh memakai pakaian hitam dan suram sahaja seperti wanita-wanita Arab di negera-negara Teluk? 
Saya berpendapat bahawa pakaian wanita yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara lojik itu tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya. Ini kerana wanita pada zaman Nabi s.a.w, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut.
Antaranya apa yang disebut oleh Aishah bint Sa’d: “Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar (berwarna merah)” (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).

Mu’asfar bermaksud dicelup dengan ‘usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah.

Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi s.a.w bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu’asfar (Riwayat Ibn Abi Syaibah).
‘Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu’asfar, akan memarahi mereka dan berkata: “Tinggalkan ini untuk wanita” (al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).

Begitu juga “Anas bin Malik melihat Umm al-Kalthum puteri Rasulullah s.a.w memakai selendang daripada sutera bersulam emas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan.

Dalam riwayat al-Bukhari juga: “Isteri ‘Abd al-Rahman bin al-Zubair datang mengadu kepada ‘Aishah. Kata Aishah r.a: “Dia memakai pakaian berwarna hijau”.

Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (463): “Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah” (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).

Apa yang disebutkan ialah warna yang digunakan pada zaman tersebut. Sebahagian warna yang dilarang kepada lelaki, tetap dibenar perempuan. Ada keluasan untuk wanita dalam masalah warna pakaian.

Sumber: FB Dr.Maza

Wednesday, March 6, 2013

Tudung Labuh VS Seat-Belt


Pada suatu petang....berhampiran surau…Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur." Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
Dia mengangguk.
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya?" Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, at least kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ?" Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.
"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan menutup aurat dan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

kasih-NYA :')

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbyyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya." 

Daurah Memories 2009 :')

~sekadar kenangan untuk dikenang 

dan 

sekadar memori untuk di ingat kembali~



- barisan fasi -


- kami :) -

Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah ikatan besar,

Tertemulah dua hati,


Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita kecapi bersama,
Sentiasa menari di mata ini,
Walaupun begitu, 
Ingatlah..
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah..


Tertemulah dua hati keranaNYA..
Di atas indahnya pertemuan..
Harapan dan doa,
Moga Allah permudahkan urusannya :')

Lelaki & Perempuan .. Ada beza ?

Ada bezakah kita ?

Perempuan...
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki...
susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

....yang sama hanya EGO..."


yang pasti..
setiap dari kalian itu berbeza ...


Perempuan .... Lelaki ... tetap dri Pencipta Yang Satu :)


SubhanAllah ~


Aku Cuma Musafir :')



 bila aku kata...
" aku sedang berubah.. "

kadangkala diri ini terbabas juga .

maka,
tegurlah, bukan menghukum .
sayangilah, bukan memfitnah .
maafkanlah, bukan membenci .
mudahkanlah, bukan menyusah .

jadi, ingatkanlah aku .
bukan mengejek .

kerana diri ini masih lemah .
mudah terlupa, mudah terleka .

dan aku cuma musafir,
yang perlukan panduan .


- subhanAllah ...

aku cuma musafir ...
cuba menuju ke arah redha-MU ...

aku cuma musafir ..
punya kekurangan dan kelemahan ..
tak akan pernah dan selamanya sempurna ..

aku cuma musafir..
tidak ku minta diri ini disanjung setinggi langit..
dipuji berbakul-bakul ..

aku cuma musafir ..
jangan kau pandang kelebihanku, 
kerna kau tak mungkin mampu terima kekuranganku ..

:'(






Tuesday, February 12, 2013

STARTING A NEW CHAPTER HERE :')


there's a lot of thing
I
learn
here...

become more stronger than before..
need to convinced the others..
accept the facts !

learn to accept ~



jalannya tak semudah yang disangka..
penuh onak dan liku..
harus kau tempuh dengan tabah dan sabar..
demi
impian sendiri
dan
harapan insan-insan tersayang
pasti ku gagahi jua..

moga kejayaan milik kita, sahabat !


be a nurse ?
xlah teruk sgt ..
dalami dgn lebih mendalam..
pasti kalian tahu..
klau bukan kita, siapa lg??
please.. be positive !
not just u, but u, and u, and the others too..