Friday, June 20, 2014

Today is Jumaat :)

JUM KAHFI :)

mai kita baca sketsa ni. sentap jap. :')

............................................................................................................
"Dah check belum whatsapp kau" Roti nan cheese disuap ke dalam mulut. Nikmat.
"Hmm. Ni mesti kau suruh aku baca al Kahfi kan?" Giliran Kimi pula. Secubit roti nan kosong, dicicah ke dalam kuah kacang dal, kemudian berakhir di mulut.
"Hehe. Habis tu, dah baca belum?" Perlahan roti nan dikunyah. Terasa kombinasi cheese dan kacang dal. Serasi.
"Dah" Senyum sinis.
"Huh. Laju betul" Terangkat kening belah kiri Jai. Tak puas hati. "Bila kau baca?"
"Minggu lepas dah "
"Laaa. Kau pernah makan roti nan mentah tak?" Gurau kasar. Ayat makan dalam Jai.
"Ala, tak kan tiap tiap minggu nak kena baca kot" Sambil mulut penuh dengan roti nan. Kimi merungut. Kembung dah pipi, macam buccal cavity.
"Seminggu sekali je pun. Makan roti nan hari hari tak pula kau bising" Peh. Seperti terkena percikan sambal ke dalam mata. Pedas. Tepat.
"Tu lain la. Makan nak hidup" Kimi berdalih. Lawan tetap lawan
"Habis tu hidup untuk apa?"
"Beribadah ler" Tisu putih dalam kotak di penjuru meja dicapai. Kimi lap jemari jemarinya. Sambil dijilat sisa kacang dal.
"Habis tu baca Kahfi ni kau ingat apa?" Hujah dipatahkan. Puas.
"Yela yela. Pandai je kau putar ayat ye" Mengalah. "By the way, kau yang bersemangat waja ni dah baca belum?"
"Hehe, esok ada satu hari lagi"
"......."
JOM KAHFI !


Wednesday, June 18, 2014

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih 



Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

# dirimu dan diriku. moga Allah merestui. 
tempatkanlah aku di sisimu, di sisi hatimu sayang.
itulah tempat yang aku ingin berada selalu,
bukan di atas kepala mahupun di bawah kaki mu.