Thursday, March 8, 2012

Teladan Dari Kisah Hidup Kamal Attartuk

Semasa hayatnya Mustafa Kamal Attartuk telah :
1.       Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt .
2.       Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher (tie) dan topi [sesuai dgn kehendak barat ] .
3.       Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayah umum . Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara .
4.       Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden “ .
5.       Menggalakkan minum arak secara terbuka .
6.       Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa turki .
7.       Menukar azan ke dalam bahasa Turki . Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsure-unsur Arab dan Parsi .
8.       Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki . Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh Bandar Turki .
9.       Satu ucapan beliau di Bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahwa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.   Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara .
11.   Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan .
12.   Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat .
13.   Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium , ada sesetengah masjid dijadikan gereja .
14.   Menutup masjid serta melarang bersembahyang berjemaah .
15.   Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin .
16.   Membatalkan undang-undang waris , faraid secara Islam .
17.   Menghapus penggunaan kalendar Islam & menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin .
18.   Menganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun . Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal ? “ . Oleh kerana takut , askar tersebut menjawab ‘Kamal Attartuk adalah tuhan .” Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan askar itu .

Kematian Kamal Attartuk yang menyeksakan . Di saat kematiannya , Allah s.w.t telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah s.w.t berikan di dunia . Antaranya ialah :
1.       Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dan merasa gatal-gatal seluruh badan .
2.       Sakit jantung .
3.       Penyakit darah tinggi .
4.       Panas sepanjang masa , tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam . Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau . Maha suci Allah , buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang . Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung , beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu . Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan beliau itu , mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk . Allah itu Maha Besar , panasnya tak juga hilang ! Pada 26 September 1936 , beliau pengsan selama 48jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan .

Pada 9 November 1938 , beliau pengsan sekali lagi selama 36jam dan akhirnya meninggal dunia . Sewaktu beliau meninggal , tidak seseorang pun memandi , mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau . Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam , sehingga dik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan , mengkafankan dan menyembahyangknnya . Tidak cukup dari itu , Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan . Bila mayatnya hendak ditanam , tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya ) . Disebabkan putus asa, mayatnya diawet sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang deberi nama EtnaGrafi ( kalau tak silap sengar ) selama 15 tahun sehingga tahun 1953 .

Selepas 15tahun mayatnya hendak ditanam semula , tapi Allah Maha Agung , bumi sekali lagi tak menerimanya . Habis ikhtiar , mayatnya dibawa pula ke satu bukit , ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44tan . Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar . Apa yang menyedihkan , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Attartuk telah mengatakan bahawa “ jangan kata bumi Turki , seluruh bumi Allah tidak menerima Kamal Attartuk !”

No comments:

Post a Comment