Saturday, March 31, 2012

Benar, Cuka Epal dan Cuka Tamar Ialah Penawar Untuk Masalah Gastrik

Cuka Epal adalah di antara makanan sunnah yang  harus dimasukkan dalam diet harian  untuk menjaga kesihatan dan  mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?

Seringkali apabila saya syorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada pesakit saya yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?


Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka  ini tiada khasiat atau nutrisi.

Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.
Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali. 

Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.
Celery  yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi adalah antara sayuran yang membentuk alkali yang tinggi  dalam perut.
Kurma yang berkali-kali disebut di dalam Al-Quran rupanya salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan dalam perut dan juga menghasilkan alkali.
Buah kismis dan buah tin, kedua-duanya merupakan makanan yang penting dan dianggap tinggi nilainya dikalangan orang-orang Islam, dan kedua-duanya adalah di antara makanan yang mengalkalikan perut.

Buah Tin mendapat banyak tempat di dalam Al-Quran dan juga penghormatan sebagai nama salah satu surah di dalamnya.

Halia juga menghasilkan alkali dalam perut. Halia bukan sahaja terdapat di dalam kitab Perubatan Nabi tetapi juga disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Insaan ayat 17. Halia dikatakan menjadi salah satu ramuan dalam sejenis minuman yang diberikan kepada ahli syurga. Ini merupakan satu nikmat yang besar kerana Allah Yang Maha Pemurah memberi kepada kaum manusia di dunia ini sesuatu yang terdapat di syurga, seperti juga buah delima dan anggur. Sudah pastinya ada keistimewaan yang luarbiasa pada makanan-makanan ini yang mendapat tempat di syurga dan dalam Al-Quran.


Asid gastrik adalah cecair yang dihasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan. 
Tembikai adalah buah yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi dan juga adalah pengalkali perut. Rasululah SAW menyarankan pemakanan yang terdapat di tempat duduk sendiri oleh yang demikan, buah-buahan tempatan adalah yang terbaik untuk penduduk Malaysia.

Makan buah tembikai sebelum nasi, bukan di penghujungnya.

Bukan sahaja epal dan pear tetapi  kebanyakan buah-buahan tropika  tempatan seperti buah betik memberi banyak menafaat kepada perut dan mesti dimakan sebelum hidangan utama.

Badam - juga merupakan penawar dalam Perubatan Nabi untuk  merawat masalah perut, rupanya ia adalah diantara kekacang yang mengalkalikan perut. Hazelnut juga adalah baik untuk perut.

Sayur-sayuran yang mengalkalikan perut termasuk lobak, labu, lada bengal, kacang pis, brokoli, bit dan timun.
Kayu manis dan jintan manis - dua jenis rempah yang mengalkalikan perut dan juga menjadi penawar dalam Perubatan Nabi.






Hampir kesemua herba menghasilkan alkali. Herba adalah sebahagian penting dalam Perubatan Nabi. Halba (gambar atas) dianggap sebagai bernilai seperti emas oleh tabib-tabib Islam di zaman Nabi. Selain dari halba, herba lain yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi ialah basil, cumin, chicory, marjoram, dill danthyme.



Stevia - betul-betul satu keajaiban dan rahmat Allah swt.  Daunnya teramat manis, hanya dua titik "liquid extract" daun ini mampu memaniskan secawan besar teh. Tetapi bukan setakat itu sahaja, khasiatnya amat menakjubkan, ia dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah dan tekanan darah. Dan lebih penting, daun stevia menghasilkan alkali dalam perut.
Di dalam post-post dalam blog ini tentang pelbagai makanan yang menjadi penawar dalam Perubatan Nabi, kandungan potassium selalu di sebutkan. Ini adalah kerana potassium adalah salah satu mineral yang mengalkalikan perut. Selain daripada itu kalsium, magnesium dan sodium juga berfungsi sama seperti potassium. Oleh itu, Garam Kristal Himalaya atau Garam Bukit adalah sumber makanan yang amat penting kerana ia adalah garam tinggi potassium dan ia mengandungi mineral-mineral lain dalam kadar yang cukup tepat untuk keperluan tubuh manusia. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW sentiasa mengamal secubit garam sebelum makan - amalan ini menyediakan perut supaya mencerna makanan dengan baik.

Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko,
kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.
Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak).

((copypaste::
http://sistemannisaaonline.blogspot.com))

No comments:

Post a Comment