Saturday, October 15, 2011

belajar fillah...

belajar fillah...
belajar demi Allah itu ertinya belajar kerana belajar itu ibadah yang dicintai Allah...
beribadah kerana mencintai Allah....
dengan mencintai Allah, seseorang hamba itu tidak akan meniru atau menipu dalam kuiz dan peperiksaannya...
walaupun yang lain berlumba-lumba mengejar mumtaz tanpa barakah….
dengan mencintai Allah, seseorang hamba itu tidak akan resah andai rakannya lebih luas ilmunya...
dengan mencintai Allah, seseorang hamba itu tidak akan tertekan kerana inginkan keputusan yang sempurna...
dengan mencintai Allah, seseorang hamba itu tidak akan menyembunyikan ilmunya kerana takut yang lain mengatasinya.....
dengan mencintai Allah, seseorang hamba itu tidak akan sambil lewa menimba ilmu kerana dia tahu erti jihad....
dengan mencintai Allah, seseorang hamba itu akan redha seandainya pengakhirannya tidak sebaik yang disangka....
kerana orang yang mencintai Allah itu tahu, nilaian Allah itu pada usaha, bukan natijahnya.....
kerana baginya, bukan ganjaran pointer teratas sasarannya….
tapi bukan bermaksud belajar ala kadar dan mengatakan ini sudah takdir....
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau tawakalnya tanpa usaha....
Hamba yang mencintai Allah itu berjihad, ganjarannya kalau bukan disini, pasti disisi Allah kelak.....
bagi orang yang mencintai Allah, ujian itu atas sebesar mana amanah yang dibawa....
kalau disini sebagai siswa dia tewas, apa lagi yang mampu dipikul pada masa hadapan….

-jangan lihat kepada siapa yang berkata, tetapi lihat apa yang diseru-

No comments:

Post a Comment