Friday, August 6, 2010

RENUNGAN BUAT DIRIKU YANG LUPA...~ :]

Teringat pesan ayahanda
“Sudahkah di qada’ solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari aqil baligh kita…
Subhanallah betapa alpanya kami…
Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.
Peringatan buat diriku yang sering lupa
Adakah kita seorang Islam???
Pernahkah kita terfikir hidup ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan menemui ALLAH. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kenatian. Dalam kita mengejar kekayaan dunia, kita sering lupa tujuan hidup kita yang sebenar…
Apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yanag berebut-rebut menagih ihsan dari kasih ALLAH.
Sesungguhnya keredhaan ALLAH yang kita cari.
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula dari jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad…Fitnah…Gempa bumi, peperangan, dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya ujian ALLAH kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!!! Tanda kemurkaan ALLAH!!
Adakah kita benar-benar seorang Islam
Maka adakah kita fikir kejayaan kita di university membawa kita ke syurga???
Adakah kita yakin kita seorang Islam
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan ALLAH walau sedetik sekalipun.
Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai ALLAH dalam beberapa minit. Tetapi kenapa kita masih leka dibuai perasaan…
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir dan mengingati ALLAH…tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah.
Siapa diri kita sebenarnya!!! Firaun???
Tentu tidak… jadi,siapa diri kita sebenarnya. Wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!
Adakah kita yakin kita bertuhankan ALLAH? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia.. mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita tidak mahu menuntut ilmu. Ketahuilah bahawa Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu…
Sedarilah bahawa kejahilan boleyh menyebabkan dosa.. kita tidak takut dosa???
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Adakah kita begitu yakin menempuh hari akhirat dengan mudah??? Siapakah kita menjelang hari kemataian??? Adakah kita seorang Islam?
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut? Adakah kita merasa diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri daripada perbuatan yang keji dan mungkar?
Renung-renunglah diri anda?
Siapa kita???
Kita adalah manusia dari sekepal tanah yang hina dina…betapa hinanya kita. Tetapi kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah menempuh sakaratul maut. Subur-suburkanlah kecintaan dan ketaatan kita pada ALLAH, sebelum ALLAH menutup pintu rahmat-NYA.
Sesungguhnya, kematian itu adalah sesuatu yang PASTI…!!!! Siapa kita…???

No comments:

Post a Comment